Saturday, 1 June 2013
maafkan sayeeee !
Kisah cinta perlukan masa.. dan jarak itu bukan menghukum, tetapi memberi ruang untuk rindu mengisi waktu. Kelak pada masanya, Allah akan temukan.. insyaALLAH.. CINTA PERLU KEYAKINAN. Aku YAKIN.
Jujurnya, aku punya kisah sedih, gembira, harapan dan impian.. Tentang sebuah coretan bukan karangan penulis, tetapi suratan tertulis.
Aku tulis setiap perkara yang aku lalui, lihat, dengar dan perhati.. Bukan dalam diari, tetapi di alam maya. Sengaja aku kongsikan bukan untuk orang ramai mencintai aku kerana tulisan-tulisan ini, tetapi menghargai cintanya dan kembali bersemangat menjadi lebih baik, terus melakukan perkara baik, dan tak pernah lupa kita sebaik-baik penciptaan untuk ibadah kepada-Nya.
Nokhtah.
*Usah letak tanda soal dimana Allah SWT sudah letakkan tanda nokhtah.
Nokhtah.
Awakkk.. Saya tahu awak akan baca tulisan ini, bukan sekarang masanya untuk kita, tetapi tenanglah, damailah, ada sesuatu telah tertulis yang sebaiknya untuk kita.
Banyak hal yang saya tak faham, dan banyak perkara juga wanita cipta alasan untuk sembunyikan kenyataan, mungkin juga untuk menjaga perasaan..
Kita jaga hati ini, kita baiki diri ini, bukan jadi pencinta, tetapi jadi murabbi pada daerah hati sendiri. Agar bila kita jatuh, kita sendiri bangun, bila kita sedih, kita sendiri mampu tersenyum..
Sentiasa mendoakan awak, menyimpan perasaan untuk awak, menyediakan diri, mempersiapkan diri, dan sentiasa yakin.. Ada masa paling tepat untuk kita. Entahkan bila, tetapi saya cuma yakin. Sebelum itu.. Saya 'stalker' setia awak.
Nokhtah.
Mengiri bersama doa, tenanglah di bumi Mekah nanti. Sampaikan salamku pada makam Rasulullah SAW. Moga bertemu petunjuk tentang jodohmu dan kebaikkan masa depanmu.
Ingat nama penuh saya : Nur Arissa Farah Adibah . yg Awak ingat selalu ;) maafkan sy :(
sy terpaksa ! terpaksa kerana sya ade allah ..
#Apa yang ditinggalkan kerana ALLAH, pasti bertemu kemanisan.
Apa yang dilakukan kerana ALLAH, pasti bertemu ganjaran..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment