MELEPASKAN :(
Ada hal-hal yang tidak ingin aku lepaskan,
orang-orang yang tidak ingin aku tinggalkan
tapi ada saatnya dimana aku harus melepas seseorang
bukan kerana aku berhenti menyayanginya melainkan,
kerana aku menyedari bahawa orang itu akan lebih
berbahagia apabila aku melepaskannya:
aku tidak ingin melepaskan seseorang
ketika kebahagiaan aku sangat
berharap pada orang itu.
aku tidak ingin melepaskan seseorang
ketika aku merasa dia teristimewa
dibandingkan dengan yang lain.
aku tidak ingin melepaskan seseorang
ketika aku takut tidak dapat menemukan
yang seperti dia.
aku tidak ingin melepaskan seseorang
ketika hatiku berkata "Saya sangat
menyayanginya"
Melepaskan bukanlah akhir dari dunia
melainkan awal dari suatu kehidupan baru
aku harus melepaskan seseorang kerana
aku telah memahami sesuatu!
Segala sesuatu ada waktunya
ada saat mempertahankan
ada saat melepaskan..
walau melepaskan itu amat menyakitkan
aku tak punya apa-apa untuk dibanggakan
kerana aku bukan siapa-siapa
aku hanya punya ketulusan
yang tiada berhujung
aku hanya ingin dia bahagia
kerana aku akan bahagia
jika dia bahagia
aku akan biarkan dia mencari
dan menemukan yang terbaik untuknya
jika yang terbaik itu aku
dia akan kembali dan jadi milikku
jika yang terbaik itu bukan aku
aku kan mendoakan kebahagian mereka........
No comments:
Post a Comment