“Girls who say “a lot of guys are after me” should keep in mind that low prices attract many customers.”

Sunday, 5 May 2013

Pesona SeperTiga Malam




Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal (Quran 3:190)

Dalam gelap malam

Sepi suasana.
Rupanya banyak manfaatnya.

Siang,
waktu untuk kita bertebaran
di atas muka bumi
mencari anugerah ALLAH
yang berlimpahan banyaknya.

Malam pula,
Saya menyukai malam
kerana malam adalah
waktu yang sangat baik
bagi mereka yang mahu
berehat, menenangkan diri,
beribadat kepada ALLAH
dan mencari ilham
serta banyak lagi
perkara yang lain.

Kerana itu saya menyukai malam.